Saturday, January 8, 2011

Syiah Itu Bukan Kafir: Bahagian II

Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan saat hari Asyura dia mencederakan dirinya dengan parang atau pisau, maka saya cadangkan anda lepuk mukanya kerana confirmlah dia itu sesat. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah mengharamkan matam berdarah, klik sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mencaci sahabat Nabi dan menuduh isteri-isteri Rasulullah saw dengan perkataan nista, maka saya cadangkan anda hamput depan mukanya kerana confirmlah dia itu syiah palsu. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah paling baharu menolak, membantah dan mengharamkan penganutnya mencela sahabat-sahabat dan isteri Nabi, klik sini, di sini, di sini, dan di sini, juga sini, serta di sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Syiah dan mengajak anda bermut'ah iaitu kahwin kontrak untuk 'seronok-seronok', maka saya cadangkan anda jolok atau bedal badannya dengan payung kerana confirmlah dia itu syiah yang tidak berakhlak. Ini kerana fatwa ulama-ulama Syiah menyarankan supaya nikah mut'ah tidak dijadikan alasan untuk berpeleseran, ia ada syarat ketat antaranya persetujuan bapa perempuan dan lain-lain sehingga 'hampir mustahil' dilakukan, klik sini dan sini, atau sini.


Kalau seseorang mengaku kepada anda dia seorang Sunni dan mengajak anda mengkafir dan menyesatkan Syiah, anda tenung mukanya lama-lama. Ini kerana fatwa Ulama Sunni belum ada yang mengkafirkan Syiah, tetapi fatwa "sebaliknya" yang ada mengkafirkan penganut Syiah, klik sini.


Sumber: http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/01/saya-akui-dalam-beberapa-hal-segelintir.html



p/s: Br pasan kat dlm buku Pendidikan Syariah Tingkatan 5 SPM maklumat pasal Syiah cenonet je. Mazhab len cm Mu'tazilah and Qadriah explain panjang lebar sama mcm Sunni. Pelik lak pasal setahu aku Syiah is da 2nd biggest Islamic shool after Sunni. So at least they deserve la diterangkan dgn panjang lebar cm Sunni gak. But klu aku salah plis correct me k !


Muslim schools around the world. Thanz to Wikipedia.

2 comments:

  1. Tiada hujjah buat kumpulan Syiah untuk mempertahankan diri di sebuah negara Sunni. Ini bukan Iran untuk anda mengatakan hak anda telah dicabuli. Sebenarnya anda yang telah mencabuli hak pemerintah dan masyarakat Sunni di negara ini kerana cuba mendakyah masuk ajaran bid'ah Syiah di kalangan masyarakat Islam Sunni. Pengikut Syiah juga tidak perlu berselindung di sebalik kenyataan ulama-ulama Sunni @ deklarasi-deklarasi tertentu yang menerima Syiah sebagai sebahagian daripada umat Islam. Semua itu dengan tujuan untuk mengekalkan kesatuan umat Islam tetapi bukan untuk mengiktiraf ajaran bid'ah Syi'ah seperti yang sedia termaktub di dalam kitab-kitab firaq Islamiyyah (mazhab-mazhab teologi Islam). Selain itu, ini adalah lambang bahawa ASWJ itu sentiasa adil dan sederhana serta tidak semudah itu untuk mengkafirkan sesiapa sahaja.Syiah perlu akur bahawa mazhab bawaan mereka adalah bid'ah di sisi umat Islam Sunni kerana perbezaan pada sumber hukum. Lihat bagaimana Syeikh Yusof al-Qaradawi mempertahankan kenyataan yang mengatakan bahawa Syiah adalah sebuah mazhab bid'ah. Beliau menegaskan bahawa Syiah itu kumpulan bid'ah ketika berhadapan menangani kumpulan ekstrem yang mengatakan Syiah itu kafir. Di samping itu beliau turut menegaskan, "Apa yang aku sebutkan berkenaan percubaan-percubaan Syiah untuk memerangi kalangan masyarakat Sunni, aku tetap mempertahankannya (kenyataannya) dan tidak boleh tidak menghadapinya, jika tidak aku telah mengkhianati amanah dan melalaikan tanggungjawabku ke atas ummah".Lihat! Apa lagi kata al-Qaradawi tentang Syiah dengan penuh amanah dan kejujuran, beliau berkata: "...aku katakan tentang Syiah; sesungguhnya mereka kumpulan bid'ah bukan kuffar, ini disepakati kalangan Ahli Sunnah, jika aku tidak mengatakan ini bermakna aku telah menafikan, kerana sesungguhnya kebenaran itu tidak berbilang-bilang...pendirianku ini adalah pendirian setiap alim Sunni yang sederhana terhadap Syiah Imam 12.Kesimpulannya, walaupun kita di kalangan ASWJ tidak begitu mudah mengkafirkan Syiah, namun Syiah tetap dianggap kumpulan bid'ah yang terkeluar daripada manhaj Islam yang sebenar dan penyebaran ajaran mereka perlu disekat di kalangan umat Sunni bagi memelihara aqidah dan syariah Islam buat selamanyer.

    ReplyDelete
  2. Askm Ya Habib i believe you have a monotone mind which contemporary imbalanced and i hereby suggest that you should look back the Book (Quran) and read thyself upon all Sunnah Sittah Plus all Fiqh Sunni book. Insyaallah, than make gap analysis with all the information with the Ahlul Bayt people facts. There you can see the ugly about bidaah which position and where the weight is more heavier. I suggest that also make used the quantitative plus qualitative ie. Pareto analysis and PESTEL; the Religious method plus Scientific Method will show you the truth. Coz i have done this. Masyaallah than you will see yourself the true face of our people in Malaysia right now. Tq Wassalam

    ReplyDelete

HaaA Ngomel JAngan TAk NgomeL !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...