Thursday, May 12, 2011

Apabila Orang Yang Di Pandang Rendah Berkata-kata.

Ak rasa terpanggil sgt utk repost post ni from blog Nisa'. Once again, klu tak suka baca ayat karangan n esei sila tekan pangkah di sebelah kanan browser anda. Tp ak galakkan smua org baca post ni pasal nk bg korg TERBUKAK MINDA tu sket n berharap supaya ko tak jadi org2 yg berpikiran kolot di luar sana. Amin.
Dekat Malaysia ni, especially orang Melayu, tak respect pun orang-orang yang ambil course history macam nisa ni. Senang cerita siapa la nak pandang budak political science, sociology, antropology, bahasa melayu dan kesusasteraan, humanities, philosophy, perhotelan, syariah, quran sunnah, pengajian islam dan apa-apa lah lagi yang dirasakan tidak ada masa hadapan. (Nak cari scholarship pun semput!). Rasanya tak perlu nisa tulis satu-satu kot. Yang penting bukan bidang sains and the so called professional macam law and accounting. Yang menjadi kebanggaan kalau dia tu budak medic ke, pharmacy ke, dentist ke, engineering ke, architecture ke...
Course-course macam ni sesuai untuk budak-budak yang result SPM suam-suam kuku je. Atau dalam bahasa kasarnya, untuk budak-budak bodoh je. Nanti bila kerja gaji rendah, tak boleh pakai kereta besar, tak boleh duduk rumah banglo, tak boleh makan dekat hotel-hotel lima bintang, tak boleh pakai branded stuffs and so on. 
Kalau nak tahu, sejak ambil keputusan untuk tukar course from Physical Science to History & Civilization, macam-macam soalan dan pandangan sinis yang nisa dah telan. Soalan wajib: NANTI NAK KERJA APA?. Banyak lagi soalan kena jawab. Tapi yang satu ni lah paling famous dan inilah punca nisa tulis post ni dekat FB. 
Sebab dah selalu sangat kena tanya dengan soalan-soalan tipikal yang menunjukkan minda orang kita ni, nisa jadi dah sangat lali. Tebal dah telinga tu. Kering dah hati ni. Masa mula-mula tukar tu, sedih jugak la sebab orang pandang rendah je. Tapi dah lama-lama, nisa dah happy, sebab ini life yang nisa cari. Belajar benda yang memang kita suka.
Cerita sedih bermula satu hari bila ada seorang yang punya PhD cakap directly dekat nisa macam ni "selalunya orang-orang macam kamu ni end up  jadi penceramah bebas je". Yes, anda boleh interpret ayat ni ikut anda suka. Tapi, Nisa tahu memang dia betul-betul pandang rendah sebab ada conversation between us before tu. Dia macam fed up dengan nisa bila nisa tolak cadangan dia untuk sambung master in economics since nisa buat minor in BBA. Nisa still nak buat history sampai PhD. Lepas je nisa dengar ayat ni, seriously for the first time in my life lepas nisa dengar komen-komen orang, ni la yang paling worse sekali. Masa tu rasa nak jatuh sangat. Macam gelap tiba-tiba. Rasa nak ada seseorang diri sebelah nisa and pimpin nisa bagi nisa semangat. Sungguh! Ada satu nama je masa tu dalam kepala nisa since dia je yang selalu kongsi dengan nisa perasaan dipandang rendah ni. (sampai saat post ini ditulis, nisa tak cerita pun dekat dia). Nisa berlagak hebat je masa tu. Pegang kerusi kuat-kuat, tahan air mata jangan bagi jatuh. Sedih sangat masa tu. Lemah longlai jalan. Hati tu macam kena sayat! Just nisa tak ingat nisa nangis ke tak. Dah lama. Tapi setiap kali ingat balik benda ni mesti nisa sebak.  Sebak sangat. 
Then, nisa fikir balik. Nisa tak tipu. Dalam hati memang ada dendam. Dendam sangat. Tapi Alhamdulillah, Allah bagi nisa ilham. Kata-kata tu nisa jadikan cabaran. Dengan kata-kata tu, nisa dapat defend diri depan academic advisor bila sir suruh maintain pointer and jadi lecturer dekat our department in which nisa tak nak sambung master & PhD dengan scholar universiti. Tak Nak! Dengan kata-kata tu, nisa mula susun masa depan nisa. But, frankly speaking nisa sudah kurang rasa hormat pada tuan yang menuturkan kata-kata itu. Terpulang, mungkin anda akan kata nisa ni melampau, tapi cuba letak kan diri anda di tempat nisa yang selalu dipandang rendah ini. Luka dah sembuh, tapi parut ada lagi 
*****************
So, itu sebab nisa tulis post tu. Tapi apa yang nisa nak hi-lite kan dekat sini, bukan cerita tu. Hee..sorry, melalut panjang sangat.
Kita ni selalu sangat rasa dah cukup hebat. Educated, wise.. Tapi educated sangat ke kita ni kalau tak ada rasa humble dalam diri? Hebat sangat ke kita ni kalau banyak baca buku? Bagus sangat ke kita ni sampai orang lain semua nampak tak pandai? Petah sangat ke kita ni kalau hujah-hujah kita sentiasa diterima? Genius sangat ke kita ni kalau setakat tahu teori? Pandai  sangat ke kita ni sampai boleh ramal masa depan orang?
Cuba bayangkan hidup tanpa pemungut sampah dengan lorinya yang kalau lalu sebelah kita tu memang confirm kita akan tutup hidung. Cuba bayangkan hidup tanpa ada mak cik cleaner yang cuci toilet. Cuba bayangkan hidup tanpa tukang sapu sampah dekat tepi jalan raya. Cuba bayangkan hidup tanpa securities and guards walaupun most of the time mereka duduk je. Cuba bayangkan hidup tanpa ada orang-orang yang uruskan sistem pembetungan dan kumbahan. Cuba bayangkan hidup  tanpa abang posmen. Lupakan sesetengah sikap pemandu teksi dan bas, tapi bayangkan hidup tanpa mereka bila anda betul-betul terdesak!
Kalau rasa-rasa boleh buat semua benda sendiri, then jangan duduk dekat planet bumi ni. Pergi tinggal dekat bulan. Ajak sekali orang-orang yang anda rasa sangat educated tu. Pergi lah.
Ingat ye, setiap manusia dicipta dengan kelebihan dan kekurangan. Tak ada siapa yang sempurna. Yes, senang cakap tapi praktikalnya mencabar. 
Selalu ingat, kita ni dicipta untuk menyempurna dan disempurnakan. Sebahagian daripada diri kita adalah untuk sempurnakan sebahagian orang lain. Dan sebahagian kita akan disempurnakan oleh orang lain. Ada satu rantai keperluan di situ. 
Saya straw, awak berry. Kita terjumpa satu hari. Saya kurus, awak tembam. Saya terpaksa tunduk bila nak cakap dengan awak. Awak terpaksa dongak bila nak minta sesuatu pada saya. Atas kekurangan dan kelebihan ni, kita jadi strawberry yang sangat sweet. Ramai orang suka dekat kita. Saya perlukan awak, awak perlukan saya. We are interdependent. In other words, you complete me! 
Wahai ibu-ibu dan ayah-ayah sekalian.. Tidak perlu rasa rendah diri sangat kalau anak anda bukan dalam jurusan kedoktoran, farmasi, kejuruteraan, undang-undang, arkitek mahupun akauntan. Percayalah, anak anda ada bakat dalam bidang lain. Beri galakan pada dia. Bukan membebel pagi petang siang malam. Usahlah terlalu bangga andai anak anda berada dalam kelompok di atas. Bukan sedikit anak-anak seperti ini yang meninggalkan ibu bapanya di rumah orang tua. Nauzubillahiminzalik! May ALLAH protect us all..
Ingat, hidup ni kita perlukan orang lain. Bila sakit, jumpa doktor. Tak tahu, jumpa cikgu. Ada masalah dan tak nampak penyelesaian, jumpa kaunselor. Nak kemaskan keluar masuk duit, jumpa akauntan. Nak cari data, pergi perpustakaan dan arkib. Nak tahu cerita, tanya wartawan. Rasa tak selamat, masuk balai polis. Nak cari herba, jumpa orang asli. Nak belajar rasa syukur, buat community service.
See.. kita perlukan tangan orang lain. 
 Ak taktau nk tambah ap lagi dah pasal ak 100% completely AGREE ap yg Nisa' ni ckp n klu nk tmbh pn dier dh mentioned. Wuteva it is, HUMAN SCIENCES ROCKS! Klu nk taw ap tu HUMAN SCIENCES, sila klik sini. Ak post kat blog time ak 1st year dlu2. Hehe.
 
p/s: There are so much to learn at Kinokuniya. Everyday I learn new things wlupon pening je pala nk kena hafal smua bnda. Hehe

1 comment:

  1. yeah...totally agreed with her post..coz i feel that way too...bukan sume org buleh expert dalam sume bidang.we ain't great like our previous muslim scholar (tapi kita buleh achieve that level too, kalo cara pendidikan kita diubah) yang buleh expert dalam macam2 bidang, though derang tetap specialize dlm satu bidang.Ilmu Allah itu luas and unutk semua.
    nice!

    ReplyDelete

HaaA Ngomel JAngan TAk NgomeL !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...