Saturday, March 19, 2011

Kenapa Budak-budak Sekolah Tak Suka Sejarah Haa ?

Post ni diciplak drpd blog BFF aku Khairunnisa' Kamaruddzaman. Dier telah mengemukakan beberapa hujah nape kebanyakan students kat Malaysia ni tak suka subjek Sejarah time kat Sekolah Menengah dlu. Aku rasa sgt terpanggil utk post kat dlm blog ak pas dh mintak permission drpd dier. So sape2 yg sanggup baca post panjang2 n nk taw sgt nape korg eh silap ramai bdk (hehe. tak berniat nk kutuk pon) benci History kat sekola dlu silala baca post di bawah ni. Enjoy !


sebab semua orang pun puji Hikayat Merong Mahawangsa, nisa pun blog walking la sekejap kan..oh ye! masa mula-mula HMM keluar trailer die, nisa macam orang gila dah jerit "nak tengok!" excited sebab dia bkn macam PGL. excited sebab dia filem sejarah yang nampak hebat dari segi karetorgrafinya (tak tau betul ke tak eja ni.. hee). tapi tak tengok pun lagi. nak final ni banyak yang menuntut perhatian.

ok, bila baca satu blog ni in which dia cerita kelebihan & kekurangan HMM, tiba-tiba nisa dapat jawapan kenapa nisa TAK SUKA sejarah yang kita belajar dekat sekolah dulu walaupun sekarang ini degree nisa in History & Civilization! jawapan yang nisa cari dari tahun 2008 ke 2009 lagi tah. kenapa ramai orang tak suka sejarah. kenapa ramai orang mengantuk bila sebut sejarah. kenapa semua orang macam nak muntah sangat dengar perkataan sejarah tu.


jawapannya?
















huh?
















sebab sejarah masa dekat sekolah banyak sangat ajar pasal penjajah.! daripada mula diorang nak masuk negara kita sampai kesan-kesan penjajahan.




* Form 1: mula-mula ceritalah pasal sumber sejarah semua tu. paleolitik, mesolitik, neolitik..bla bla bla then masuk la Parameswara, kegemilangan Melaka semua. lepas tu adalah sentuh sikit pasal asal usul negeri-negeri dekat Tanah Melayu.

* ok, form 2 pulak, kalau tak silap nisa chapter 1 tu dah cerita dah macam mana Francis Light dapat Penang. lepas tu masuk la macam mana satu-satu negeri tu kena jajah termasuk la revolt by local leaders semua. then, masuk la sikit adat temenggung adat perpatih semua tu.. then, dah nak akhir-akhir tu ada la pasal buku-buku, majalah and paper masa zaman penjajah. macam al-manar, al-ikhwan, saudara semua tu. dan kaum tua kaum muda.


* Form 3: oh! time ni nisa benci gila baca buku teks kuning gambar hitam putih tu (as compared to buku form 1 & 2. masa ni memang pasal macam mana kita (eh? kita ke? tak. arwah atok nenek kita! ) struggle nak dapatkan kemerdekaan. apa itu jus soli, Malayan Union semua. tak baca pun! walaupun cikgu kata kena baca buku teks nak jawab PMR. hehe.. alhamdulillah dapat jugak A.

* bila naik form 4, baru macam world sikit. ada belajar pasal tamadun-tamadun awal. oh! saya memang suka dengan ancient civilization! sampai nak jadi archeologist! tapi tak dapat restu. so, simpan dalam-dalam je lah. then, belajar la pasal kegemilangan tamadun-tamadun Islam, Rom, Yunani semua. adalah cerita pasal Madinah sikit. tapi pelik, masa ni baru kita belajar teori-teori macam mana boleh wujud Melayu dekat Tanah Melayu ni. dah tingkatan 4 ok baru tau asal usul sendiri setelah diajar macam mana kita melawan musuh! macam mana ditunjukkan kelemahan senjata yang kita ada untuk melawan musuh baru diberitahu "kamu ini datangnya ada dari Semenanjung Arab, ada dari tanah besar China dan mungkin juga kamu dari India" ! dush!

* oh, lepas tu tingkatan 5? belajar balik Malayan Union, Suruhanjaya Cobbold, Jus Soli bla bla bla sampai nisa rasa nak muntah study sejarah masa nak SPM! serious ! tak tipu ! ingat sampai sekarang !


so? nampak tak kita tak didedahkan sangat dengan kehebatan bangsa kita. kita hanya didedahkan dengan kata-kata "bangsa kita hebat suatu ketika dahulu" asyik dok ulang kita hebat je. tapi bukti nya kurang. asyik dok cerita macam mana kita usaha menentang penjajah. tapi tak tekan kan sangat pun isi kandungan Sejarah Melayu, karya-karya hebat semua. kalau ada pun tu terlalu sedikit dan lagi parah bila letak dekat chapter belakang-belakang. selalunya bila dah belakang-belakang ni belajar pun express je sebab nak habiskan silibus. balik-balik kita belajar Melaka. padahal kita dah ada Langkasuka dulu dah masa tu. kita tak ditekankan sangat dengan siapa yang dikatakan Orang Laut tu. kita tak dikenalkan pun siapa pelayar kita yang hebat, macam mana sistem politik kita sebelum Islam datang. memang semua Hindu je ke? yang lain atheis ke? naturalist ke? adat resam yang popular masa tu macam mana? siapa tokoh pemikir masa tu? apa yang dia bawak? apa hebat sangat keris yang berlekok tu? (hebat ok! sebab keris lekok dari rantau Melayu ini berbeza; tengok je kita dah tau. tak caya pergi tengok dekat muzium). sistem ekonomi kita macam mana?


oh, nisa cakap buku zaman sekolah tau. bukan lepas sekolah yang kita boleh cari sendiri. lepas tu mula la "oh." "ha.." "ea.." "eiiyy" semua ada ! hehe. dan nisa tak kata nisa tak appreciate apa yang PM dan orang dulu-dulu dah buat untuk merdeka. dan nisa jugak tak bermaksud perkauman ke apa sebab semua yang ada dekat Tanah Melayu pun berusaha keluarkan penjajah ! Nisa tak maksud apa-apa! tak ok! tapi, cuba kita fikir balik kenapa mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air ni? kenapa patriotik mereka sangat tinggi?


sebab mereka tahu sejarah. mereka tahu kita hebat. tapi generasi kita KURANG tahu kita pernah hebat. kita KURANG tahu asal usul kita. bahasa kita. tulisan jawi kita yang sangat hebat sampai perkataan English pun dijawikan! (walaupun masa buat course work translate from jawi to english ni nisa rasa headache semacam, tapi jauh dekat sudut hati bangga tu tetap ada.


kita diajar mencintai tanah air dengan membenci penjajah tetapi bukan dengan kekuatan dan kehebatan kita. yang kita ada! 5 tahun belajar sejarah, 3 tahun daripadanya lebih kepada sejarah Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan. masuk universiti? oh! benda tu lagi dok hadam ! dua course pulak tu ! nasib baik ada detail sikit. ada yang tak ditulis dalam buku teks diberitahu masa ni. to me, nak instill semangat suka kan sejarah negara sendiri kena belajar dulu kehebatan, kekuatan, kelemahan yang kita ada. then, bila kita dah tau benda ni, baru cerita pasal penjajah-penjajah ni. baru semua orang boleh fikir, kita kena jaga dan pelihara heritage yang kita ada supaya kita tak mudah diperkotak-kotakkan oleh mereka! kita kena betulkan kesilapan dahulu supaya tak lakukan benda yang sama hari ini.


hoho. nisa pun tak tau macam mana nisa boleh suka subjek ni masa sekolah walaupun macam boring dengan silibus yang ada. haha. pelik je. bila dah major in history, terus decide "ok, aku tak nak belajar sejarah Malaysia or south east Asia ke apa ni". nak fokus dekat West and Middle East. macam ada kick belajar pasal diorang ni. sebab diorang ni nampak hebat ! nampak gah ! culture, economic, politic semua.

sekarang dah ada jawapan bila orang tanya "kenapa awak tak suka sejarah Malaysia?"..hmm
sekarang kena cari sendiri 'asal usul diri sendiri'.



As for me, aku just nk cadangkan skit je a few suggestions cmne nk bg KBSM Sejarah kiter syok n menarik.


1. Wajibkan wat lawatan kat skola melawat tempat2 sejarah kat Malaysia ni. Cm kat Turki ni ha feymes landmark dier Blue Mosque ni. So klu kat Malaysia bwk r students tu g umah Mahathir ke, umah Merdeka ke takpon istana2 lama yg berlambak kat Semenanjung ni. Haa bwk g masjid Tengkera kat Melaka tu pon ok wut. At least dptla dorg tnm smgt sygkan bangunan2 sejarah ni ke. Takpon paling koman pon muzium yg ader kat stiap negeri kat Malaysia ni ha. Ni tidak bwk g muzium time tadika or sekola rendah. Manala bdk2 2 phm. Klu bdk2 remaja ni brla dorg paham ap yg ade kat muzium tuh.

2. Bykkan masuk info pasal kerabat diraja kat Malaysia ni kat dlm syllabus KBSM Sejarah kiter. Everyone loves monarchy kot wlupon mereka sentiasa 'disayangi' dan 'dijunjung' oleh rakyat. Smua org suka amik taw pasal lavish n complicated life dorg. Tgk cm kat England ni. Klu kiter laja sejarah dorg suku dr sejarah dorg tuh laja pasal monarchy dorg je. Best kot laja pasal raja2 ni.

3. Tolongla update syllabus KBSM ! Ni stakat laja smpi merdeka n early 70 and 80s cm2 je. Cuba kembangkan smpi waktu sekarang ke. Or masukkan sejarah smpi pemerintahan Tun Mahathir pon ok wut. Dan silala jgn bias sgt nk bg kerajaan je btol kat dlm buku tuh. Buhla flaws n mistakes yg govt wut dlm sejarah Malaysia ni brla org minat nk baca cm reformasi time Anwar kena pecat ke dan mcm2 lagi. Sejarah penuh dgn messy n dirty facts ok. Sejarah yg cmni la br dikatakan sejarah yg sebenar.

4. Cikgu2 Sejarah kat skola tu silala rajin2kan diri tempah Bilik Multimedia kat skola tuh n paksa bdk2 sekola menengah korg tgk pape citer yg historical related. Ak taw kat Malaysia ni tak byk sgt historical movies ni but dpt tnjk satu dua pon jadi la. At least bdk2 tuh dptla gmbaran ttg cmne keadaan sejarah time dlu2 kat Malaysia ni wlupon dlm bentuk filem. Ha takpon soh dorg tgk documentary. Patu cikgu2 rajen la wat hw skit n time movie or documentary ni bgla komentari sket. Brla bdk2 excited nk taw. Hehe saje je buh poster The Young Victoria pasal suka gile movie ni ! Hee



p/s: Stakat ni tu jela alasan yg aku bole pikir nk bg bdk2 sekolah menengah kiter minat sejarah. Ak ni tak pandai cm Khairunnisa soo takle r nk wat komentari pjg2 pasal bnda ni. Haha



p/ss: Saje je buh gmba yg bukan berkaitan dgn Sejarah Malaysia pasal sy mmg tak suka sejarah Malaysia. Soryla sy rasa cm dah terlambat utk sy nk minat sejarah negara sndri.


p/sss: Khairunnisa la satu2nya rakan ak yg aku leh borak pasal History smpi lebam ! Hee

5 comments:

  1. even aku ni sangat la TAK PANDAI bab sejarah ni. tapi bila baca entri tu, aku rasa ada gak yg betul sket. mcm aku ni, mmg lembap sket sal history. yg blaja PMR SPM aritu pun byk ak da lupa... mana jati diri melayu? *dush* nway, nice entri sal ni sb aku habis gak baca.. haha
    credit to ur bff azam. hee.

    ReplyDelete
  2. hehe. nt ak smpikan credits ko kat dier k. thanz sudi baca !

    ReplyDelete
  3. ngengada jek! tu bleh je bg idea tu..haha..btw, sejak bila pggl sy full name? awkward mata yg membaca dan lidah yg menyebut ni. hehe

    ReplyDelete
  4. haaa..setuju benar teman! aku ni, nak spm, syllabus pun tak habis. cikgu tu kejap jatuh tangga la, masuk hospital la, tengkuk terseliuh la, mcm2! smpaiaku pun tak baca sgt nak jwb spm. alamatnya, C! ahahaha (teror gak aku tak fail) tp betul la yg nisa ni tulis..hantar sket kat kementerian. buat usul. baru la boleh lahirkan nations mcm jepun, russia, etc2. peace2! ;)

    ReplyDelete
  5. Nisa:
    Bole plk kamu sendiri awkward n payah nk menyebut nama sendiri ea? Hahahaha

    Adrikah:
    Bapak drama gile cikgu ko ! Cikgu sejarah ak keja pregnant je. Emos je ak. Haha. Wah patriotik gile ayt ko yg last kali. Hehe

    ReplyDelete

HaaA Ngomel JAngan TAk NgomeL !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...