Followers

World Clock

>

Thursday, April 25, 2013

Surat Rayuan MARA

Kelmarin ak and Mama pegi ibu pejabat MARA nk tnya pasal whether MARA nk taja x Grad Dip Archaeology ak klu ak dpt tajaan for MA Artefact Studies. Lepas dah jmpa pegawai MARA yg bertugas kt Bahagian Peganjuran Pelajaran MARA ak diberitahu MARA memamg TIDAK sponsor any foundation b4 master nih, Maka secara teknikalnya mmg MARA takkan taja Grad Dip Archaeology ak nih r. Sumpah ak down gile time pegawai MARA tuh mention bnda nih. But after dat pegawai MARA tuh punyala baik hati ajar kat ak yg ak bole wat surat untuk rayuan bagi situation ak nih. Dier ckp wat surat nih and den cuba wat appointment dgn pihak atasan untuk dapatkan sokongan mereka. Soo ak n Mama trus rangka surat nih and tnjk kt pegawai MARA tersebut for some proof read. Dier ader mention a few things and lepas ak balik je rumah ak taip elok2 and inilah hasilnya.



YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad
Ketua Pengarah MARA
Ibu Pejabat MARA,
Kuala Lumpur


Tuan,

PERMOHONAN TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA BAGI MENGIKUTI KURSUS “GRADUATE DIPLOMA ARCHAEOLOGY” DI UNIVERSITY COLLEGE LONDON (UCL), UNITED KINGDOM BAGI SESI 2013/2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk,

2. Untuk makluman pihak Tuan, saya Muhammad Azam bin Adnan merupakan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya mempunyai minat yang mendalam untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang arkeologi. Justeru itu, saya telah memohon dan menerima tawaran untuk mengikuti pengajian dalam bidang “MA Artefact Studies” di University College London (UCL), United Kingdom.

3. Saya telah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA hanya memberi tajaan kepada kursus di peringkat Ijazah Sarjana sahaja. Sewaktu memohon untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana bagi kursus “MA Artefact Studies” di University College London, saya tidak dimaklumkan oleh pihak universiti bahawa pelajar Ijazah Sarjana Muda yang tidak mempunyai latar belakang dalam bidang arkeologi perlu mengambil kursus “Graduate Diploma Archaeology” terlebih dahulu sebelum mengikuti kursus “MA Artefact Studies” ini. Maka, sebagai pra-syarat untuk saya mengikuti kursus “MA Artefact Studies”, saya telah diwajibkan untuk mengikuti kursus “Graduate Diploma Archaeology” selama setahun bermula dari 23 September 2013 sehingga 13 Jun 2014.

4. Bersama-sama surat ini, saya lampirkan surat tawaran “Unconditional Offer” bagi kursus “Graduate Diploma Archaeology” untuk sesi 2013/2014, surat tawaran “Conditional Offer” bagi kursus “MA Artefact Studies” untuk sesi 2014/2015 dari University College London (UCL) serta transkrip penuh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk perhatian pihak Tuan.

5. Saya dengan rendah hati memohon pihak Tuan dan Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA agar dapat mempertimbangkan permohonan saya untuk mendapatkan tajaan Pinjaman Pelajaran MARA bagi mengikuti kursus “Graduate Diploma Archaeology” dan “MA Artefact Studies” yang telah saya terima daripada University College London ini. Saya yakin dan percaya bahawa tajaan ini merupakan batu loncatan terbaik untuk membolehkan saya meneroka potensi diri saya dalam mencapai cita-cita menjadi seorang ahli kurator yang berjaya. Saya juga berharap ilmu yang bakal saya perolehi melalui Ijazah Sarjana ini dapat menyumbang kepada pembangunan bidang arkeologi mahupun permuziuman negara yang saya cintai supaya mampu menjadi setaraf dengan negara-negara maju seperti United Kingdom.

Terima kasih untuk untuk perhatian yang diberi dan masa yang diluangkan. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak Tuan dan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MUHAMMAD AZAM BIN ADNAN



Terima kasih juga kepada Wawa M Bakry dan Maryam Nabeelah Ismail kerana double proof read surat ni. So semalam ak bangun pagi2 p bangunan MARA balik n amik pass kt pak guard naek tingkat 26 nk try wat appointment dgn pihak atasan MARA. Mula2 ak ckp ak nk wat appointment dgn Ketua Pengarah MARA tapi lepas ak dah citekan situasi ak kt akak receptionists dier bgtaw ak soh wat appointment dgn Timbalan Ketua Pengarah MARA (Pendidikan). Ak ok je soo masa dier bwk g masuk ruangan opis nih ak ad nmpk Timb. Ketua Pengarah MARA nih, Datuk Rahim Abd Ghani tgh wat short meeting dgn someone else. Akak td soh ak tggu. Tggu pnya tggu PA Datuk Rahim ni kuar n jmpa ak tnya ak ni sape n nape nk jmpa Datuk. Ak pn explain la balik ak pnya kes n den dier amik ak pnya surat ni n serta dokumen2 sokongan. Patu kena tggu ag n last2 PA Datuk Rahim ni soh ak cek dgn Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA dalam 2-3 hari lagi nk cek status permohonan ak nih. Ak kecewa gak r x dpt jmpa Datuk nih wlupn dier ader je kt dlm bilik dier tuh n x silap ak dier mcm free je tapi xpela asalkan surat ak smpi kt tangan dier sendiri. Ak bersyukur gak masa ak datang nih Datuk tuh ader n xde kuar p meeting mana2 ke soo at least dier dptla surat ak nih. So skang tgh berdoa macam gilee so dat's ak pnya permohonan diluluskan. Huhu

Another thing yg ak tgh riso gak nih ak kena amik Ujian Psikmoetrik MARA senin dpn nih. Ak dhla taktau ujian Psikometrik ni mende ap. Masa jmpa pegawai MARA tuh dier ckp ni IQ test. Urgh ak x penah cuba wat IQ test sblm ni pasal ak mmg x suka IQ test n mmg x nk amik taw lgsg pn ak pnya IQ bape. Patu exam dier dhla jauh gile kt Beranang. UNIKL MIAT tak silap ak tmpt wat exam nih. Huhu.


Slip Ujian Psikometrik Pasca Siswazah MARA ak.

Memandangkan exam ni senin dpn 29/4/2013 mmgla ak kena ponteng keja. Hopefully everything goess well la nt. Sumpah ak mmg tak keruan skang pikir masa depan ak esp MARA nih. Sumpah ak akan devastated gile gak klu ak x dpt sponsorship 4m MARA nk smbg stdy kt UCL nih. Ak taw klu ak x dpt sepatutnya ak kena redha tp kompem dlm sebulan dua mmg ak akn depressed gile babeng n kompem takes time nk kembali ke normal. Dahla skang ni dah stat keja and honestly speaking I don't like my job. Sangat stressful! Ak x expect lgsg yg keja call centre ni stress gile. Patu dgn kena keja shifts lagi mmg wat ak pikir bole ke x ak tahan keja ni. Skang ni gaji/allowances/tiket murah MAS jelaa jd penguat semangat ak nk trus keja nih. Huhuhu


p/s: Dear Allah, please ease my difficulties. Sessungguhnya ak adalah hamba-MU yang hina dan kepada-MU jugala ak meminta segala pertolongan. :'(





12 comments:

  1. salam bang. haritu saya ada pergi interview mara untuk sambung blaja overseas utk degree. iq test tu dia bg je soalan lepastu kena buat essay tak silap. saya pergi haritu program saya program mara tp tajaan JPA jd sy tak perlu iq test, sy g interview je. saya amik bidang sastera bahagian sejarah. sy pn tak tau detail sbb mmg takde detail masa apply. tp iq test tu tak susah pun kwn2 sy ckp, cuma tak cukup masa je.

    ReplyDelete
  2. aku doakan kau berjaya azam!

    p/s: part "Saya juga berharap ilmu yang bakal saya perolehi melalui Ijazah Sarjana ini dapat menyumbang kepada pembangunan bidang arkeologi mahupun permuziuman negara yang saya cintai supaya mampu menjadi setaraf dengan negara-negara maju seperti United Kingdom" yang tak boleh tahan tuuuu. haha

    ReplyDelete
  3. nur aimi: o0o0hhh cmtuh eh? harap2 senang la jugak pasal ak nk amik ni for master soo taktaula kot2 soklan dier lagi susah ke. anyway thanks for the info.

    yan: haha mestilaah kena mention psl tuh. barulaa dorg nmpk ak bersungguh2 nk bagi contribution to negara. katanyaaaaaaaaaaaa. anyway thanks yan. :)

    ReplyDelete
  4. Bonne chance mon frere! Dont worry brother. Niat ikhlas, ganjaran nya Allah akan beri.. Usaha da sudah. Doa pun sudah. Tawakkalta 'alallah.. La hawla wala quwwata illa billahi al-'aliyyi al-'azhim..:)

    -syah hensem-

    ReplyDelete
  5. salam, nk tnye, so klo cmtu exam la ye, xde interview?or interview next round?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru2 MARA announce xde interview. Hjg bulan may ni kuar result.

      Delete
  6. assalamualaikum, abg, saya nak minta tukar program dr MARA, tapi dah dekat 3 minggu saya call pengarah, P.A dia x angkat. so, saya nak tanya abg,, apa procedure nak jumpa pengarah ye abg?

    ReplyDelete
  7. Salam bro, nak tanya apa progress rayuan yang dibuat. Insyaallah semoga bro dapat apa yang bro inginkan. Amin.

    ReplyDelete
  8. Encik Azam,

    Mintak pinjam awak punya surat rayuan ya. Saya pun nak buat rayuan jugak. Tapi rayuan kepada pihak penaja saya supaya tunda tarikh saya kena berkhidmat dgn mereka. Sebab saya dah habis bachelors dan nak sambung masters pulak. takut jadi pecah kontrak pulak. sobsss :'(

    ReplyDelete
  9. Salam, saya nk mtk izin utk jadikan surat abg sbgai reference ya utk saya buat surat permohonan ke mara berkenaan rayuan utk mendapat pinjaman utk masters.

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum.

    apa tatacara pemakaian abg bile jumpe pengarah?

    ReplyDelete

HaaA Ngomel JAngan TAk NgomeL !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...